Thursday, 6 October 2011 0 ulasan

Ciri-ciri Pelajar yang Gagal


  • Mempunyai sifat "malas" yang menjadi musuh utama kejayaan.
  • Tidak bermotivasi.
  • Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan.
  • Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.
  • Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.
  • Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.
  • Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik.
  • Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.
  • Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah.
  • Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
  • Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah.
  • Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.
  • Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah.
  • Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan rakan-rakan di bandar-bandar, terlibat dengan kegiatan tidak bermoral.
  • Menjadikan kemiskinan penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam pendidikan.
  • Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.
  • Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar. Tidak boleh berdikari.
  • Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.
  • Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.
  • Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan ilmu.
  • Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi untuk pelajaran. Pelajar seperti ini lebih sanggup menghabiskan wang mereka untuk membeli majalah-majalah hiburan atau komik kegemaran mereka.
  • Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.
  • Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran. 
  • Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah. 
  • Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu menyalahkan diri sendiri.
  • Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.
0 ulasan

Kaedah Belajar yang Berkesan



Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.
Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.
Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.
Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.
Memahami apa yang dibaca. 
Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.
Menggunakan kaedah, simbol, dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.
Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.
Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.
Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku, majalah, akhbar dan internet.
Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.
Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.
Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.
Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.
0 ulasan

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

  • Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.
  • Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.
     
  • Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
     
  • Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.
     
  • Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).
     
  • Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi. 
  • Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
     
  • Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.
     
  • Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.
     
  • Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.
     
  • Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.
     
  • Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
     
  • Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
     
  • Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.
     
  • Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.
     
  • Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. 
  • Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.
     
  • Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar.
     
  • Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi. 
  • Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
     
  • Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.
     
  • Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
     
  • Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran. 
  • Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan. 
  • Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan pemikiran yang lancar.
     
  • Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.
     
  • Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.
     
  • Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan. 
  • Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan. 
  • Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
     
  • Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
     
  • Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar. 
  • Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.
Wednesday, 5 October 2011 0 ulasan

Program Menjejak Kerjaya 2011

Pada 01-03 April 2011, UBK telah menganjurkan Program Menjejak Kerjaya untuk pelajar Tingkatan 5. Sebagai pengisiannya adalah melawat sekitar Melaka dan Kuala Lumpur. Destinasi utama adalah di The Mines Exhibition Centre. Di situ Pameran Kerjaya anjuran Kementerian Pengajian Tinggi telah diadakan.
Pelajar yang bakal menghadapi SPM dapat mencari maklumat berkaitan Hala Tuju Kerjaya mereka.



 Di Melaka River Cruise

 Di Muzium Melaka

 National Textile Museum


Aktiviti mencanting Batik
0 ulasan

Lawatan ke SM Vokasional Nibong Tebal

Makluman kepada pelajar-pelajar tingkatan 3.  Pengisian aktiviti selepas PMR.

Lawatan ke SM Vokasional Nibong Tebal akan diadakan pada :

Tarikh : 2 Nov 2011 (Rabu)
Masa  : 9.00 pagi (dari SMK RLNR)

Berminat untuk turut serta, boleh berikan nama kepada Pn Siti Wahida selewat-lewatnya 14 Oktober 2011 (Jumaat).
0 ulasan

PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL, SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL TAHUN 2012

Permohonan ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012 akan dibuka bermula  5 September 2011 sehingga 19 Disember 2011. Permohonan boleh dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selamat Memohon.
1 ulasan

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2012

Makluman untuk semua pelajar tingkatan tiga (3) yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi tahun 2012, berikut adalah maklumat penting tentang permohonan tersebut :


A. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM

1.         Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada     gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2011.
2.         Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM).

B. UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN KE MRSM (UKKM)

1.         Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 28 Nov hingga 2 Dis 2011.
2.         Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi   borang permohonan secara online.


NOTA :

1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan.
5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

C. SYARAT-SYARAT MEMOHON SECARA ONLINE

1.         Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar        bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah   Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
2.         Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan     Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak   dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
3.         Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2011 di Sekolah     Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam             subjek Matematik dan subjek Sains.
D. SYARAT-SYARAT MEMOHON SECARA ONLINE

1.      Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA mulai 3 hingga 20 Oktober 2011. Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara online mulai tarikh tersebut.

2.      Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2011 yang disahkan benar serta angka giliran PMR 2011, semasa mendapatkan kata laluan.

3.      Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan secara online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.

4.      Pemohon mestilah menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ke alamat seperti di bawah :


(Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2012)
Pengarah
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 
Jalan Raja Laut, 
50609 KUALA LUMPUR

E. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

1.      Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 20 Oktober 2011.

2.      Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2011.

3.      Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2012. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2012 permohonan anda dianggap tidak berjaya.
 
;