Thursday 18 August 2011 0 ulasan

Istimewanya insan bergelar wanita

Pesanan buat anak didik yang bergelar perempuan / wanita khususnya...
Dan tak lupa pada diri sendiri, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang bergelar wanita.
Kenapa dikatakan istimewanya wanita?

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
4. Wanita menghadapi banyak permasalahan sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.
12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan
peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.
16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.
19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan
mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.
32. Wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehah.




0 ulasan

Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi sesi 2012

Makluman kepada pelajar SMK Raja Lope Nor Rashid yang berminat untuk memasuki sekolah berasrama penuh :

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia memaklumkan bahawa permohonan secara online kemasukan murid ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2012 akan dibuka pada 1 September sehingga 15 Oktober 2011.
Sementara menunggu permohonan untuk tahun 2012 dibuka dan sebagai panduan awal sila rujuk;
Jika setelah merujuk kepada pautan di atas dan masih mempunyai pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian telefon 03-83217400 atau faks 03-83217403.

Selanjutnya :

Aliran SBP

Ketika ini ada sebanyak 58 buah SBP di seluruh negara dengan pelbagai kombinasi aliran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama dan Sains Teknikal untuk pelajar Tingkatan 4. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran.
Kementerian Pelajaran menyediakan 55 buah SBP yang menawarkan aliran Sains Tulen, 15 buah SBP menawarkan aliran Sains Tulen Agama, 1 buah SBP menawarkan aliran Agama dan 27 buah SBP menawarkan  aliran Sains Teknikal di seluruh negara.

Pakej Mata Pelajaran SBP

Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;
Aliran Sains Tulen
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam/ Moral, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan
Aliran Sains Tulen Agama
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah.

Aliran Agama
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Matematik Tambahan
Aliran Sains Teknikal
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam/ Moral, Fizik, Kimia, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan






Tuesday 9 August 2011 0 ulasan

Duhai Wanita


SEMBILANBELAS KEISTIMEWAAN WANITA MENURUT HADIS

Rujukan drpd:
http://www.indoforum.org/archive/index.php?t-19236.html

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang salehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang saleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut akan Allah .Dan orang yang takut akan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah saw di dalam syurga);

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.

6. Surga itu di bawah telapak kaki ibu;

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah surga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapakmu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga. Masuklah dari mana saja pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya serta menjaga salat dan puasanya

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam surga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Saturday 6 August 2011 0 ulasan

Tip Menghadapi Peperiksaan

PERSEDIAAN FIZIKAL 
KESIHATANSebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan.  Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi.  Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:
        1. Tidur yang cukup. 
Tidur yang cukup ialah diantara 6 – 7 jam sehari.  Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit.  Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan.  Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.
2. Jaga pemakanan. 
Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya “Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan” (Al-Baqarah : 57).  Yang dimaksudkan sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan).  Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal.  Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.
3. Riadah.  
Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji pelajaran.   Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu.  Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh.  Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya.  Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yanganda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.
4. KESELAMATAN
Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan.  Elakkan diri dari sebarang kecederaan.  Anda pasti tidak mahu mengambil peperiksaan  sewaktu berada dalam wad di hospital.  Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalam musim menjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah. 
PERSEDIAAN MENTAL
1. Pelbagai Gambaran Negatif
Kerapkali masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir dengan peperiksaan ialah takutkan kegagalan.   Walau pun anda telah berusaha bersungguh-sungguh namun perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu fikiran. Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah:
Menyerah kalah sebelum berjuang
Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya harapan lagi.  Mereka rasakan buat apa belajar kalau dah tahu hasilnya nanti ialah kegagalan. Mereka percaya yang mereka akan gagal dalam peperiksaan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan  atau ujian-ujian sebelum ini.  Mereka cuba membaca teta dengan keyakinan bahawa tidak mungkin mereka mampu memahami dan mengingati setiap fakta yang dibaca.
Merasa belum bersedia
Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar.  Mereka rasakan yang diri belum cukup bersedia.   Mereka sentiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan terjadi kalau apa yang dibaca kelak lupa?  Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yang kurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik?  Semua ini bermain difikiran.
Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi 
Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan anak-anak.  Ada ketikanya pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak. Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan mengganggu fikiran mereka.  Kepada ibu bapa, saya sarankan agar dorong anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing.  Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang anda mahukan ialah anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh.  Anda redha walau apa sekalipun keputusannya kelak.  Ini akan mengurangkan tekanan atas diri anak-anak.
2. Berfikiran Positif 
Bagi mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah berfikiran positif.  Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan.  Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya.
Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai rintangan dan halangan.  Ini akan melemahkan semangat anda.  Ia juga membuatkan anda meragu kebolehan diri anda. 
Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti:
“Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung”.
                           “Something is better than nothing”
                           Lakukan “Latihan Minda” setiap hari.
                           “If you can’t see it, you can’t have it”.
Kata-kata di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu maka gambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran. Sebelum anda mampu mendapat 8A dalam PMR, maka 8A itu mesti terlebih dahulu ada dalam pemikiran.  Ia ibarat menghasilkan sebuah lukisan, anda tidak akan melakar sesuatu yang anda tidak gambarkan.  Lakaran anda berasaskan kepada apa yang anda nampak dalam mata minda. Begitulah juga dengan kehidupan ini.   Anda tidak akan menhasilkan sesuatu yang anda tidak gambarkan.  Oleh itu, gambarkanlah kejayaan dan anda pasti akan terdorong untuk merealisasikan apa yang digambarkan itu.  Makin jelas gambaran yang ada, makin tinggilah kesungguhan anda untuk merealisasikannya.
Untuk membantu anda menggambar dengan baik, anda perlu membuat latihan minda seperti dibawah.
1. Duduk dikerusi anda dengan selesa.  Tangan diletakkan diatas peha.  Badan tidak bersandar.  Tenangkan fikiran dan kendurkan setiap otot, sendi, uratsaraf dan pejamkan mata anda.
2. Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam.  Tarik melalui hidung dan hembuskan melalui mulut.  Ketika nafas ditarik, gambarkan yang anda menyedut keyakinan diri.  Ketika nafas dibuang, gambarkan yang anda membuang segala ketakutan dan kebimbangan.
3. Saya percaya anda pernah capai kejayaan sebelum ini, sama ada kecil atau besar.  Saya mahu anda kembali kepada peristiwa kejayaan itu.  Kejayaan itu mungkin berkaitan dengan pelajaran, sukan, debat dan sebagainya. Pilih satu yang paling bermakna kepada anda.  Dimana iaberlaku?  Apa yang berlaku?  Apa yang anda dapat lihat? Suara apa yang anda dengar? Kalau ada tepukat, dengar tepukan gemuruh ketika itu.  Kalau ada puji-pujian dengarkan duara siapa yang memuji itu. Gambarkannya secara jelas mengikut kemampuan anda.  Dengar suara yang ada dengan jelas.  Rasakan apa perasaan anda ketika itu.  Rasakan keseronokan anda pernah dipuji.  Rasakan kebanggaan anda sebagai orang yang berjaya ketika itu. Hadirkan perasaan itu kembali.
4. Apabila perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit kedua-dua peha anda dengan tangan.  Biar terasa sedikit sakit.  Buka mata anda, dan pejam kembali.  Ulang langkah 2 – 4 beberapa kali.
5. Kini pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan  Gambarkan anda duduk dikerusi dan diatas meja tersedia kertas soalan.  Rasakan ketenangan dalam dewan.   Gambarkan kini anda membelek-belek kertas soalan dan anda dapati semua apa yang anda baca keluar.  Rasakan kegembiraan itu.  Gambarkan bagaimana anda menjawab setiap soalan satu persatu dengan penuh keyakinan.  Ide keluar mencurah-curah.  Gambarkan 8A dalam PMR (Gred 1 untuk SPM).  Ketika ini sekali lagi cubit kedua-dua peha anda seperti yang telah anda lakukan dalam langkah 4 tadi.
6. Buka mata anda, ulangi langkah 5 beberapa kali.
7. Buatkan latihan minda ini 10 – 15 minit setiap hari.  Sekiranya anda lakukan latihan ini sungguh-sungguh setiap hari, anda dapat mengawal perasaan takut anda ketika berada didewan peperiksaan dengan menarik nafas dan mencubit kedua-dua peha. 
Kejayaan latihan minda di atas banyak bergantung kepada kesungguhan anda melatih diri, kekerapan latihan dan tumpuan anda. 
                              
PERSEDIAAN EMOSI  
Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan , anda perlu mengelak diri dari sebarang bentuk gangguan emosi.  Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan:
Pertengkaran dengan rakan-rakan;
Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;  
           Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat peperiksaan; 
           Bersikap terlalu yakin – “overconfident”;
           Berprasangka buruk terhadap orang lain;
Ramai pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku terhadap mereka.  Tindakbalas spontan ini menjadi tabiat semulajadi mereka.   Apa perasaan anda kalau raka membohongi anda?  Anda mungkin serta-merta menjadi marah.  Apa berlaku kalau rakan memulau dan mengejek anda?  Anda mungkin rasa tersinggung dan kecil hati.  Kalaulah begini  tindakbalas spontan anda, apa akan berlaku dengan persediaan peperiksaan anda?  Anda pasti tidak mampu memberikan tumpuan untuk mengulangkaji.  Ada ketikanya luka dihati berkekalan berhari-hari.
             Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda.  Jangan izinkan sesiapa melukai hati anda.  Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan sebagainya.  Mereka ada suara, biarkanlah mereka.  Anda cuma pekakkan telinga.  Banyakkan bersikap sabar.  Teruskan sahaja kerja anda.  Kekalkan matlamat peperiksaan anda.  Apabila anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan mula menghormati anda.
Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigma andalah yang mencetuskan emosi.  Kita boleh melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau negatif.  Mulai hari ini ambillah dari sudut yang positif.  Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya anda bersabar. Dengan cara ini anda mampu membenteng emosi anda.
                               
PERSEDIAAN ROHANI
 Selain dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu.  Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah  lah yang menentukannya.  Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu disaat-saat menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini.
                           Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:
1. Sentiasa bermunajat kepada Allah.  Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan.  Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.
2. Minta restu kedua ibu bapa.  Doa ibu bapa untuk anaknya sangat makbul.  Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda.
3. Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran.  Hati yang  banyak berzikir akan memperolehi ketenangan.  Hati juga  lebih terang apabila anda sering membaca al-quran.  
Allah telah berfirman dalam surah ar-Ra’ad, ayat 36, mafhumnya “Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati”.
4. Jauhi maksiat.  Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar.  Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah.  Hidup juga tidak diberkati Allah.
5.Banyakkan berdoa.  Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.   


 
;