Wednesday, 5 October 2011

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Apa itu PRS?

Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.

FALSAFAH
“BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN”

PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan.


VISI

Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.


            MISI
 
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.

IKRAR PRS
Saya/Kami dengan ini berikrar  menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS ) sesi _____.

1.      Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa mengira tempat, masa, dan rakan
2.      Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
3.      Berusaha menjadi pelajar contoh.
4.      Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
5.      Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
6.      Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS

SENARAI TUGAS PRS

1.      Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
2.      Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
3.      Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
4.      Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukkan jika perlu.
5.      Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.
6.      Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
7.      Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berimpati.
8.      Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
9.      Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.
10.  Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil langkah positif.
11.  Mematuhi etika kerahsiaan.
12.  Menyedari bahawa buka semua masalah boleh diatasi.
13.  Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
14.  Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan menggalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.
15.  Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
16.  Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.

0 ulasan:

Post a Comment

 
;