Assalamualaikum..Peperiksaan percubaan SPM baru sahaja berlalu.. dan masih ada tempoh sebulan lebih sahaja lagi untuk calon SPM membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Dalam meningkatkan usaha untuk mencapai cita-cita, perhatian juga perlu diberi mengenai hala tuju anda. Kemana anda selepas SPM? Jadi di sini, beberapa tips diberikan sebagai panduan untuk membuat keputusan yang bijak demi masa depan yang gemilang.
Antara pilihan-pilihan yang ada selepas SPM ialah seperti dibawah:
1) Sambung belajar di universiti (Diploma)
2) Ke Matrikulasi
3) Sambung ke tingkatan 6 (STPM)
4) Bekerja
5) Mengambil kursus kemahiran
1) Sambung belajar di universiti (Diploma)
- Sekiranya anda berminat hendak menyambung pelajaran di universiti, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 tahun untuk anda dapat menggenggam segulung diploma. Selepas itu baru anda dapat menyambung ke peringkat ijazah sarjana muda. Tempoh pembelajaran ijazah sarjana muda sekurang-kurangnya 3 tahun bergantung kepada kursus yang diambil. Anda perlu ingat bahawa kaedah pembelajaran di sekolah tidak sama dengan pembelajaran di universiti dan berkemungkinan anda akan mengalami kejutan budaya (culture shock) . Anda juga dinasihati supaya tidak mengikut kawan dalam memilih jurusan di universiti, pilihlah jurusan yang anda betul-betul minat kerana 74% pelajar gagal adalah kerana mereka tidak meminati jurusan yang mereka pilih dan masuk universiti hanya sebab ingin mendapatkan gelaran budak U sahaja.
2) Ke matrikulasi
Bagi pelajar jurusan sains atau akaun, anda mungkin ingin menempatkan diri anda di Matrikulasi. Dengan kejayaan yang cemerlang semasa SPM, peluang anda cerah untuk masuk ke Matrikulasi. Pembelajaran di Matrikulasi hanya lebih kurang 1 tahun sahaja. Dan jika cemerlang di peringkat matrikulasi, anda layak menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di universiti. Perlu diingatkan, jika belajar di matrikulasi, anda perlu serius dan tidak boleh sambil lewa. Jika gagal anda perlu bermula dari bawah semula. Jadi, fikirkan....
3) Sambung ke tingkatan 6
Menempatkan diri anda di Tingkatan 6 bukanlah bermakna anda tidak cemerlang. Mungkin anda berasakan anda telah gagal dan tidak bernasib baik kerana tidak dapat memasuki universiti, tapi yang sebenarnya? Jawapannya....Jika anda menyambung pelajaran ke tingkatan 6, masa yang diambil hanyalah 1 tahun setengah selepas itu anda boleh menyambung ke peringkat ijazah di universiti selama 3 tahun sekuran-kurangnya. Malah jika anda pemegang sijil STPM, peluang anda mendapat tempat di universiti lebih senang berbanding anda memohonnya selepas SPM. Corak pembelajaran di tingkatan 6 adalah serupa dengan diploma yang menggunakan kaedah pointer. Malah pembelajarannya juga sangat santai tidak seperti tingkatan 5 dahulu.
4) Bekerja
- Bagi yang mengambil keputusan untuk menamatkan pelajaran dan bekerja, ini amatlah tidak digalakkan. Perlu diingat zaman sekarang sijil SPM sangat rendah nilainya. Purata gaji kasar yang anda boleh dapat jika bekerja maksimum adalah RM900. Dengan wang sebanyak itu untuk sebulan mungkin mencukupi jika anda berseorangan dan tinggal bersama keluarga namun jika anda menyewa dan tinggal sendirian maka sememangnya ia tidak cukup. Takkan selamanya anda mahu berseorangan?, mesti anda mahu berumahtanggakan? Jadi bagaimana menyelesaikannya?. Lihat cara ke-5
5) Mengambil kursus kemahiran
- SPM+Sijil Kemahiran= Gaji RM1000++ . Mungkin ini kesimpulannya yang paling senang untuk difahami. Bagi yang kurang cemerlang dan berkeputusan hendak bekerja, adalah sangat-sangat digalakkan untuk anda mengambil sijil kemahiran sama ada komputer, kursus perkeranian, perakaunan, bengkel, atau sebagainya kerana ia merupakan nilai tambah kepada anda. Jika anda mempunyai kemahiran, maka majikan akan menganggap anda aset berharga yang perlu dijaga. Malah jika anda mempunyai kemahiran, ia dapat membantu anda menambah jumlah gaji.
Ramai juga yang bertanya, mana baik antara Diploma dan tingkatan 6?. Bagi saya tingkatan 6 lebih baik kerana ianya bermaksud satu kaki anda dah berada di universiti. Maka lepas habis belajar tidak susah untuk memasukkan lagi satu kaki ke sana. Anda di tingkatan 6 didedahkan dengan pembelajaran peringkat universiti secara perlahan-lahan dan tidak akan mengalami kejutan bila sudah berada disana nanti. Dengan memasuki tingkatan 6 juga anda mempunyai masa yang banyak untuk mengenalpasti jurusan mana yang anda betul-betul minat dan semestinya takkan terikut dengan kawan. Sebab itulah pelajar tingkatan 6 disebut Pra-Universiti.
Sebenarnya banyak lagi pilihan-pilihan lain, namun 5 diatas adalah perkara utama yang selalu menjadi dilema pelajar-pelajar lepasan SPM. Semoga tips ringkas ini sedikit sebanyak membantu anda. Buatlah pilihan yang terbaik untuk diri anda. Jangan mengikut kawan kerana ini saatnya anda menentukan masa depan sendiri. Wassalam...
0 ulasan:
Post a Comment