Hari ini, masuk hari kedua peperiksaan dijalankan. Apa yang dapat dilihat, sikap pelajar yang masih kurang matang menyukarkan guru untuk mengatur dan menguruskan pelajar. Walhal telah diingatkan berulang-ulang kali mengenai slip peperiksaan, kad pengenalan, alat tulis yang lengkap dan lain-lain lagi.
Dengan kerenah pelajar lelaki yang tidak mahu memberi kerjasama memang menduga kesabaran. Tapi sebenarnya, pengalaman ini membantu guru untuk mencuba mencari jalan penyelesaian bagi mengatasinya. Semakin banyak cabaran, maka semakin banyaklah pengalaman yang dipelajari. Harapan guru-guru terutamanya UBK semoga pelajar-pelajar mampu mengharungi peperiksaan PMR hingga akhir dengan jayanya...
Jangan lupa, walaupun nanti PMR akan berakhir minggu depan, pelajar perlu datang ke sekolah, kerana banyak aktiviti menarik yang telah dirancang. Terutamanya lawatan dan aktiviti permainan termasuklah aktiviti yang berunsur akademik. Jadi..teruskan datang ke sekolah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment