Wednesday, 5 October 2011 0 ulasan

Tips Persediaan Peperiksaan


1.Mengulangkaji

Apabila tiba musim peperiksaan tentu ada diantara adik-adik yang rasa gementar, gelisah dan pelbagai perasaan lain yang tidak menyenangkan. Apakah sebabnya? Adakah kerana tidak bersedia? Ataupun bimbang soalan yang bakal adik-adik terima itu sukar? Persoalan itu hanya adik-adik sahaja yang boleh menjawabnya.

pelajaran


Tetapi adik-adik jangan bimbang, kami di Innovology mungkin boleh memberi beberapa tips yang boleh adik-adik gunakan ketika menghadapi peperiksaan. Berikut merupakan 5 tips menghadapi peperiksaan yang boleh adik-adik cuba:

1.Mengulangkajipelajaran

1 : Megulangkaji Pelajaran
Ya, tidak dinafikan lagi memang benar, jika kita tidak bersedia kita akan merasa gementar lebih-lebih lagi jika kita belum lagi mengulangkaji pelajaran. Tentu perasaan gementar muncul apabila merasakan ilmu masih belum cukup. Kerana itu adik-adik tidak digalakkan untuk belajar disaat-saat akhir. Pastikan adik-adik selesai mengulangkaji pelajaran beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Belajar dan fahami, bukan belajar semata-mata untuk menghafal ya! Gunakan baki hari yang ada untuk menyemak nota-nota kecil untuk menguatkan lagi ingatan adik-adik.

2.Buatpersiapanawal

2: Buat Persiapan Awal
Apa yang akan berlaku jika tiba-tiba ketika menjawab soalan peperiksaan, pensil adik-adik tumpul tetapi tiada pengasah pensel? Tentu adik kelam-kabut meminjam dari rakan bukan? Tentu sekali pada ketika itu adik-adik akan merasa gementar, dada adik-adik akan berdebar. Jadi apakah kesannya kepada diri adik-adik? Adik-adik akan “blank”! Perasaan gementar tadi akan mempengaruhi diri membuatkan adik-adik lupa sebentar tentang peperiksaan yang diduduki. Perkara ini perlu dielakkan.
Pastikan adik-adik menyediakan alatan yang secukupnya beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Periksa dan pastikan slip peperiksaan ataupun alat-alat yang perlu dibawa ada bersama adik-adik pada malam sebelum peperiksaan bermula. Barulah adik-adik boleh menjawab dengan tenang :)

3.Tidurawaldanrehatsecukupnya

3: Tidur Awal dan Tidur Secukupnya
Rehat yang secukupnya adalah penting bagi pelajar kerana berfikir memerlukan penggunaan tenaga yang tinggi. Jadi jika tubuh adik-adik lemah dan tidak bertenaga, keupayaan adik-adik untuk melontarkan buah fikiran ataupun menjawab soalan peperiksaan akan terjejas. Pada malam peperiksaan, adik-adik harus tidur awal. Elakkan dari bersukan sehari sebelum peperiksaan kerana dikhuatiri adik-adik akan terlalu penat sehingga mengganggu keupayaan adik-adik untuk menjawab peperiksaan.

4.Semakjadualbetul-betul!

4: Semak Jadual Betul-Betul
Adalah sangat-sangat penting bagi adik-adik untuk menyemak jadual peperiksaan sebaik mungkin. Jangan tersilap! Ini kerana masalah akan timbul dari segi persediaan adik-adik untuk menjawab peperiksaan. Kadangkala waktu peperiksaan tidak sama menyebabkan adik terlepas dari menduduki peperiksaan tersebut. Bagi mengelakkan kekeliruan pastikan adik-adik tanya pada guru adik-adik dan periksa jadual yang diberi bersama rakan bagi memastikan adik-adik tidak tersilap.

5.Berdoadanbertawakal

5 : Berdoa Dan Bertawakal
Akhir sekali, kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan. Selepas kita berhempas pulas belajar, apa yang adik-adik perlu lakukan adalah bertawakal kepada Allah dan sentiasa berdoa untuk kejayaan diri adik-adik. Pastikan adik-adik mendoakan kejayaan rakan-rakan yang lain juga. Jika adik-adik tidak mendapat apa yang diinginkan apabila mengambil keputusan nanti, bersyukur sahaja atas apa yang adik dapat. Kerana walau apapun keputusannya, ianya adalah anugerah dari Allah. Yang penting bagi kita umat Islam adalah jangan buruk sangka pada Allah, setiap apa yang Allah lakukan kepada kita ada sebabnya. Ada hikmah disetiap kejadian yang berlaku.
Kami di Innovology berharap artikel ini dapat membantu adik-adik ketika menduduki peperiksaan nanti. Selamat maju jaya Innovology ucapkan! InsyaAllah :)
0 ulasan

Program Peningkatan Profesionalisme Majlis Perwakilan Pelajar ( Hari Pertama )

Program Peningkatan Profesionalisme Majlis Perwakilan

Program ini telah berlangsung pada  16-17 April 2011
di SMK Raja Lope Nor Rashid. Program ini berlangsung selama 2 hari


Para Pengawas Memberi tumpuan  pada penceramah yang di jemput


Antara inti pati ceramah yang di sampaikan oleh Hj Ansari (Kaunselor SMK Pekan Baru)

Para Pengawas Beratur untuk mengambil makanan tengahari

Para Pengawas menunggu program selanjutnya 

                 
Aktiviti pembentangan
Aktiviti sebegini  menguji para pengawas untuk berhadapan dengan orang ramai


Tuesday, 4 October 2011 0 ulasan
sahabat yang beriman ibarat,
mentari menyinari

Sahabat yang setia bagai
Pewangi mengharum,

Sahabat yang sejati Menjadi
Pendorong impian

Sahabat yang berhati mulia
Membawa kita ke Jalan Allah
0 ulasan

Pameran Anti Dadah Peringkat Sekolah

Pameran Anti Dadah  anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ) dan Kementerian Kesihatan 
yang di adakan di Dataran Ceria Smk Raja Lope Nor Rasid 

                                                          27/4/2011 rabu di Dataran Ceria
Kaki tangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ) memberi penerangan bahayanya peyalahgunaan dadah kepada murid murid. 




Antara Isi kandungan Lampiran pada pameran


AADK juga membawa model-model jenis dadah dan sebagainya


tujuan pemeran ini di adakan adalah untuk memberi kesedaran pada para pelajar bahawa betapa bahayanya jika terlibat dalam peyalah gunaan dadah , pemeran ini juga telah memberi sedikit sebanyak tentang jenis jenis dadah, akibat peyalah gunaan dadah dan sebgainya,
Friday, 30 September 2011 0 ulasan

Program Hari Waris Dan Ceramah Keibubapaan




4 ulasan

Anak Anak Cemerlang SMK Raja Lope Nor Rashid

TARGET 8A dan 9A PMR

TARGET 10A+ SPM
Thursday, 29 September 2011 0 ulasan

Bilik Kaunseling SMK Raje Lope Nor Rashid

Kawasan dalam bilik kaunseling Smk Raja Lope Nor Rashid 


Kawasan  Bilik Kaunseling SMK Raja Lope Nor Rashid

Kerusi dan meja yang di sediakan untuk sesi berkaunseling bersama  murid
kami megutamakan keselesaan
   Kawasan bilik Kaunseling Smk Raja Lope Nor Rashid , mementingkan keselesaan ketika  semasa sesi kaunseling , Bilik kaunseling ini sentiasa terbuka kepada semua yang mempunyai masalah, insyallah kami unit bimbingan kauseling akan dapat membantu,

assalamualaikum
 
;