Thursday 18 August 2011

Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi sesi 2012

Makluman kepada pelajar SMK Raja Lope Nor Rashid yang berminat untuk memasuki sekolah berasrama penuh :

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia memaklumkan bahawa permohonan secara online kemasukan murid ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2012 akan dibuka pada 1 September sehingga 15 Oktober 2011.
Sementara menunggu permohonan untuk tahun 2012 dibuka dan sebagai panduan awal sila rujuk;
Jika setelah merujuk kepada pautan di atas dan masih mempunyai pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian telefon 03-83217400 atau faks 03-83217403.

Selanjutnya :

Aliran SBP

Ketika ini ada sebanyak 58 buah SBP di seluruh negara dengan pelbagai kombinasi aliran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama dan Sains Teknikal untuk pelajar Tingkatan 4. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran.
Kementerian Pelajaran menyediakan 55 buah SBP yang menawarkan aliran Sains Tulen, 15 buah SBP menawarkan aliran Sains Tulen Agama, 1 buah SBP menawarkan aliran Agama dan 27 buah SBP menawarkan  aliran Sains Teknikal di seluruh negara.

Pakej Mata Pelajaran SBP

Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;
Aliran Sains Tulen
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam/ Moral, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan
Aliran Sains Tulen Agama
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah.

Aliran Agama
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Matematik Tambahan
Aliran Sains Teknikal
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam/ Moral, Fizik, Kimia, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan






0 ulasan:

Post a Comment

 
;