Yakinlah Anak-Anakku......
Keredhaan di sisi Allah tidaklah mudah untuk diperoleh, juga tidak datang secara tiba-tiba tanpa sebab musabab. Ianya Allah anugerahkan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam kitabullah.
Semenjak Islam bermula di zaman dagangnya hingga ke hari ini, bilamana iman dan takwa tidak bertapak di hati, hidup akan dijalani dengan sesuka hati.
Umpama kapal yang berlayar di tengah samudera luas tanpa kemudi dan haluan, apabila dipukul ribut ia akan hanyut dan karam. Sedangkan jiwa orang yang dipenuhi iman dan takwa, hidupnya terjurus untuk mendapatkan keredhaan Allah semata-mata.
Juga merasakan Allah mengawasi tindak-tanduknya. Seiring itu dia selalu menghitung diri supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah.
Wednesday, 8 February 2012
Motivasi
1 ulasan
Pakailah Pakaian Islam Agar Terpelihara Maruah Di Dunia Dan Tinggi Darjat Di Akhirat
Biasakan memakai pakaian yang lengkap menutup aurat daripada hujung rambut ke hujung kaki apabila keluar rumah iaitu bertudung dan berkain labuh menutupi buku lali.
Biasakan membaca doa ketika memakai pakaian. Mulakan dengan menyarung pakaian dengan mendahulukan sebelah yang kanan dan baca;
"Ya Allah, aku mohon kepada-Mu kebaikan pakaian ini dan kebaikan sesuatu yang dibuat untuknya. Dan aku berlindung diri kepada-Mu daripada kejahatan pakaian ini dan kejahatan sesuatu yang dibuat untuknya."
Dan bila membuka pakaian, dahulukan sebelah yang kiri dan baca;
"Dengan nama Allah yang tiada tuhan melainkan Dia"
- Mempunyai sifat "malas" yang menjadi musuh utama kejayaan.
- Tidak bermotivasi.
- Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan.
- Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.
- Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.
- Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.
- Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik.
- Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.
- Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah.
- Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
- Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah.
- Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.
- Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah.
- Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan rakan-rakan di bandar-bandar, terlibat dengan kegiatan tidak bermoral.
- Menjadikan kemiskinan penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam pendidikan.
- Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.
- Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar. Tidak boleh berdikari.
- Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.
- Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.
- Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan ilmu.
- Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi untuk pelajaran. Pelajar seperti ini lebih sanggup menghabiskan wang mereka untuk membeli majalah-majalah hiburan atau komik kegemaran mereka.
- Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.
- Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran.
- Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.
- Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu menyalahkan diri sendiri.
- Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.
Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.
Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.
Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.
Memahami apa yang dibaca.
Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.
Menggunakan kaedah, simbol, dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.
Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.
Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.
Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku, majalah, akhbar dan internet.
Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.
Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.
Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.
Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.
- Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.
- Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.
- Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
- Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.
- Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).
- Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.
- Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
- Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.
- Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.
- Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.
- Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.
- Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
- Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
- Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.
- Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.
- Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.
- Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.
- Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar.
- Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
- Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
- Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.
- Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
- Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
- Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.
- Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan pemikiran yang lancar.
- Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.
- Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.
- Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
- Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
- Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
- Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
- Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
- Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.
Pada 01-03 April 2011, UBK telah menganjurkan Program Menjejak Kerjaya untuk pelajar Tingkatan 5. Sebagai pengisiannya adalah melawat sekitar Melaka dan Kuala Lumpur. Destinasi utama adalah di The Mines Exhibition Centre. Di situ Pameran Kerjaya anjuran Kementerian Pengajian Tinggi telah diadakan.
Pelajar yang bakal menghadapi SPM dapat mencari maklumat berkaitan Hala Tuju Kerjaya mereka.
Di Melaka River Cruise
Di Muzium Melaka
National Textile Museum
Makluman kepada pelajar-pelajar tingkatan 3. Pengisian aktiviti selepas PMR.
Lawatan ke SM Vokasional Nibong Tebal akan diadakan pada :
Tarikh : 2 Nov 2011 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi (dari SMK RLNR)
Berminat untuk turut serta, boleh berikan nama kepada Pn Siti Wahida selewat-lewatnya 14 Oktober 2011 (Jumaat).
Lawatan ke SM Vokasional Nibong Tebal akan diadakan pada :
Tarikh : 2 Nov 2011 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi (dari SMK RLNR)
Berminat untuk turut serta, boleh berikan nama kepada Pn Siti Wahida selewat-lewatnya 14 Oktober 2011 (Jumaat).
Subscribe to:
Posts (Atom)